Wanita hamil 3 bulan mati diragut
penagih dadah
ALOR GAJAH – Seorang wanita hamil mati
di tempat kejadian setelah diragut oleh penagih dadah dihadapan kedai runcit di
Taman Dimensi, di sini, kira-kira jam 6 petang semalam.
Mangsa,
Aida Muhamad berusia 24 tahun, dilaporkan hamil selama tiga bulan itu mati
serta-merta apabila di tikam dengan sebilah pisau oleh suspek.
Menurut
saksi kejadian, berlaku pergelutan antara si mangsa dan suspek sebelum mangsa
mati di tikam di bahagian perutnya secara bertubi-tubi.
Timbalan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Operasi/Risikan), Superitendan Azhar
Jamil berkata, suspek, Sani Ismail, 32, dari Kampung Kelemak, yang juga bekas
banduan dan seorang penagih dadah, mempunyai beberapa rekod jenayah itu
dikehendaki polis sejak sekian lama.
“Ketika
serangan, lelaki itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis heroin dan
syabu berdasarkan tindakan ganasnya ketika menyerang mangsa yang dilihat
melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya, pada sidang media di
sini, semalam.
Tambahnya
lagi, suspek sama turut mempunyai rekod terbabit dalam satu kes ragut
membabitkan warga emas yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah
di kepala dipercayai diketuk dengan objek keras di Sungai Udang, dekat sini pada
pertengahan Februari lalu.
“Suspek
juga menggunakan modus operandi bergerak bersama seorang lagi rakannya
menggunakan motosikal yang bernombor pendaftaran MAD129,” katanya.
Katanya,
suspek berjaya ditahan setelah motosikal yang diboncengnya terbabas ketika cubaan
melarikan diri dari dikejar oleh orang awam yang berada di kawasan itu.
Sejurus
selepas kejadian, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah sampai
di tempat kejadian dan menahan suspek bersama seorang lagi rakannya yang
menunggang motosikal terbabit.
Mangsa
yang telah mati ditempat kejadian kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka untuk
dibedah siasat.
Kes
ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
No comments:
Post a Comment