Kelas Mudah Alih
Pernahkah terlintas di fikiran anda
mengenai kelas mudah alih? Apabila anda mahu pergi ke kelas dan dalam sekelip
mata sahaja eskalator datang di tingkap bilik untuk menjemput anda menghadiri
kuliah. Ketika itu semua rakan anda yang lain sudah bersiap sedia di atas
eskalator itu dan akan berhenti pada setiap destinasi yang menempatkan rakan
sekelas yang lain.
Tidak perlu untuk bersusah payah
berjalan kaki ke kelas lagi setelah wujudnya eskalator bergerak untuk sampai ke
fakulti. Pada kebiasaannya, pelajar yang akan pergi ke kelas namun pada masa
kini kelas yang akan datang pada setiap pelajar di dalam kelas berkenaan. Alangkah
hebatnya teknologi pada zaman kini, iaitu tahun 2050. Anda sebagai pelajar
tidak perlu lagi untuk bersesak di tempat menunggu bus mahupun tersangkut dalam
kesesakan jalan raya. Setiap pagi tidak perlu lagi merasa anda akan sampai
lewat ke kelas, kerana wujudnya kelas mudah alih ini. Berdiri sahaja di tingkap
bilik anda dan menunggu kedatangan eskalator yang akan lalu dan terus
menghantar anda dan rakan-rakan ke kelas.
Antara faktor yang menyumbang kepada
wujudnya kelas mudah alih ini adalah kesesakan lalu lintas, sistem pengangkutan
awam yang tidak efisyen serta taburan pelajar yang duduk di kawasan yang
berlainan. Ini menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke
kelas pada waktu yang di tetapkan. Manakala faktor kecil yang lain ialah sikap
para pelajar yang gemar untuk ponteng kuliah pagi kerana terlewat bagun dari
tidur. Oleh kerana itu, wujudlah pembangunan berteknologi tinggi yang dipanggil
‘Kelas Mudah Alih’. Sudah pastinya para pensyarah tidak perlu lagi tertekan dengan
masalah pelajar yang tidak hadir atau ponteng kelas setelah wujudnya kelebihan
ini. Ianya tidak mustahil untuk kita mempunyai eskalator yang mampu bergerak
dari bilik asrama menuju terus ke fakulti anda. Bukan sahaja pelajar, malahan
para pensyarah serta staf yang bekerja juga mampu menjalankan tugas seharian
mereka dengan lebih mudah dan cepat kerana dapat bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain dengan mudah serta menjimatkan masa.
Seterusnya, ia juga mampu untuk
menarik perhatian para pelajar untuk hadir ke kelas kerana eskalator yang anda
naiki ini akan berhenti di destinasi yang menempatkan restoran atau kedai makan
bagi memudahkan mereka menikmati sarapan pagi. Di setiap kedai makan ini pula
untuk memudahkan serta mempercepatkan servis kepada pelanggan, ianya dibina
khas dengan mesin yang boleh menghidangkan makanan yang kita mahu dengan
menekan butang khas. Sebagai contoh, anda mahu kan nasi lemak maka tekan sahaja
butang yang mempamerkan gambar nasi lemak dan memasukkan jumlah wang yang
mencukupi dan setelah itu sebungkus nasi lemak yang dibungkus rapi akan keluar
melalui mesin khas itu. Begitu senang sekali dengan terbinanya kelas mudah alih
ini yang mampu memberi keselesaan dan juga kelebihan pada setiap individu
malahan mendapat manfaat dengan menghadiri kuliah setiap hari tanpa perlu
ponteng lagi.
No comments:
Post a Comment