Sunday, April 28

Article Review

Balkanisasi Siber: Gangguan Kepada Semangat 1Malaysia




Konsep balkanisasi mungkin agak sukar untuk difahami jika kita tidak mampu memahami dengan lebih mendalam akan maksudnya. Balkanisasi atau kata akarnya ‘balkan’ bermaksud proses pemisahan negara-negara Balkan, khususnya Yugoslavia, yang digunakan bagi menggambarkan fenomena politik yang dipenuhi konflik sesama mereka. Ulasan yang di buat oleh saya ini adalah berdasarkan artikel dari blog Dr. Rahmat Ghazali yang bertajuk ‘Balkanisasi Siber: Gangguan Kepada Semangat 1Malaysia. Menurut beliau, balkanisasi siber disini merujuk kepada suatu analogi terhadap gejala media yang menjadikan isinya terpisah, membentuk kumpulan masing-masing dan menjadi sangat agresif terhadap kelompok yang tidak mempunyai aliran kesefahaman dengan mereka.

Berbalik semula kepada negara-negara Balkan ini yang sememangnya bebas namun kebebasan yang mereka telah kecapi itulah yang membuatkan mereka terpisah, menolak apa jua perkongsian maklumat dan lantas mereka menjadi lebih ekstrim dan bertindak ganas antara satu sama lain. Hal ini telah mewujudkan segregasi ataupun keterpisahan, dengan itu bersamaan dengan situasi media massa iaitu Internet yang memberi kelebihan kepada para pengguna untuk memperolehi apa sahaja bahan yang diperlukan serta membentuk kumpulan-kumpulan yang mampu berkongsi idea namun terpisah dengan yang lain. Kumpulan yang telah terbentuk ini akhirnya bertukar kepada suatu obsesi yang melampaui batas dimana ia membawa kepada gejala negatif serta keburukan kepada masyarakat.

Saya bersetuju dengan pendapat penulis iaitu dengan kemunculan media baru yang telah diberi kebebasan oleh pihak berkuasa menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kesan negatif dalam usaha mencapai keharmonian dalam masyarakat. Perkara yang diharapkan oleh kerajaan agar rakyatnya mendapat variasi saluran maklumat agar Malaysia juga mampu maju seiring dengan bangsa lain telah menjurus kepada elemen yang bertentangan.

Seperti yang kita sedia maklum, Pilihan Raya Umum yang ke-13 semakin hampir dan ramai individu menggunakan medium Internet untuk menyalurkan maklumat yang berasas mahupun yang tidak berasas. Kesemua maklumat atau carian di Internet kebanyakannya boleh dipinda ataupun ditukar mengikut kehendak penulis itu. Maka tidak hairanlah jika terdapat puluhan ribu malahan jutaan carian yang boleh kita jumpa walau hanya menaip seringkas nama artis Barat iaitu Justin Bieber misalnya yang mengikut citarasa individu itu. Namun situasi sebenarnya yang ingin diterangkan oleh Dr. Rahmat Ghazali ialah apabila carian tersebut digantikan dengan pelakon video lucah, pornografi, fitnah, hasutan serta anti-kerajaan, ia mampu mencetuskan gejala balkanisasi media massa seperti mana yang disarankan oleh Cass Sunstein.

Seperti yang saya teliti di dalam artikel tersebut, Dr. Rahmat Ghazali lebih cenderung untuk mengutarakan isu gejala obsesi yang dirangsangkan oleh Internet kerana ia merupakan saluran yang tiada tapisan dan bersifat peribadi. Maklumat atau carian di Internet juga boleh menyumbang kepada gejala seksual jika si pelaku itu mempunyai naluri ingin tahu serta sifat ingin mencuba yang meluap-luap. Selain itu, para pelayar Internet mampu untuk membentuk koloni mereka yang tersendiri dan mengumpulkan individu yang mempunyai citarasa yang sama. Sebagai contoh, satu kumpulan yang menubuhkan koloni yang mempunyai matlamat mereka yang tersendiri untuk menjatuhkan pesaing, namun akhirnya boleh mencetuskan konflik yang memberi impak kepada seluruh masyarakat.

Namun, pada dasarnya isu balkanisasi ini mampu mengancam perpaduan kaum di Malaysia apabila melalui kajian singkat yang dilakukan oleh Dr. Rahmat Ghazali ini yang diperoleh dari carian Google mendapati bahawa maki-hamun serta cacian di antara sesama kaum oleh golongan individu yang tidak bertanggungjawab amatlah lumayan jumlahnya. Kes yang berlaku ini tidak mampu untuk membantu rakyat Malaysia untuk lebih bersatu padu, malahan menjadi satu budaya yang semakin menular dan menjurus kepada perpecahan kaum itu sendiri.

Apa yang lebih dibimbangkan lagi oleh beliau ialah balkanisasi media ini mampu untuk mensegregasikan individu mengikut minat mereka, kecenderungan menolak kehadiran kelompok lain yang tidak sealiran pemikirannya. Seterusnya, gejala balkanisasi ini menjadikan rakyat terbahagi ke dalam kelompok-kelompok kecil yang taksub dan terasuk dengan satu bentuk tingkahlaku dan soal perpaduan mungkin tidak lagi relevan bagi kelompok tersebut. Misalnya seperti contoh yang diberi oleh Dr.Rahmat Ghazali iaitu insiden Hindraf dan Gelombang Kuning. Individu yang celik mata dan akal fikirannya mampu untuk melihat sendiri bahawa gejala ini hanya menjurus kepada obsesi dan ketaksuban sahaja.

Sebagai kesimpulan dari artikel yang ditulis oleh Dr. Rahmat Ghazali, falsafah kebebasan mutlak itu sendiri seharusnya diselitkan dengan rasa tanggungjawab dalam diri setiap pengguna Internet kerana kesilapan yang mereka lakukan mampu menyumbang kepada kejatuhan martabat manusia yang bertamadun ke satu tahap yang lebih hina. Maka, gejala balkanisasi siber ini boleh menjadikan semangat 1Malaysia itu goyah dan sukar untuk direlisasikan jika gejala ini tidak semakin berleluasa.

Source of article:
http://suaramurba.blogspot.com/2011/11/artikel-4-cyber-balkanisation.html

http://suaramurba.blogspot.com/2011/11/artikel-3-balkanisasi-siber-gangguan.html

Wednesday, April 24

Online journalism is less credible as compared to mainstream media





Journalism and the news media are built on credibility. Credibility of the news media or sources is important for audience members. The appearance of online news websites, journalism in the traditional news media gained a competitor in the news offer.

How did mainstream journalists react to their competitor in this media scene? As we all know, mainstream media are concerned with the sources of credibility and information reliability.

According to Unit Media Baru (UMB) Chairman, Tun Faisal Ismail Aziz stated, people nowadays are no longer a national audience receives the news from a trusted gatekeepers, unfortunately we are now a million of consumers that harvest information from like-minded providers and it is hard for us to get fair and steady view that we need.

When we are using online information as a source, the question is how long it would be around. For example, individual that used article in web blog as their reference. The article could completely change next week, if you are using it as reference a source, it would disappear.

Another factor is how reliable is the source? Many people nowadays are reporter-to-be. When one incident happened within the circumstances and it attract world’s attention, so those people would convey their own opinion by writing and published it through social networks. Compared to mainstream media that would find and ask from trusted sources, which is authority that involved. However, most of the time, their writing can be manipulated or else contained slanderous elements in order to fulfill certain agenda. General Election 2013 just around the corner, and as we can see some of them would be part of the party’s machinery.

A study found by The State of the News Media (2006) of online journalism concluded, “The more people use the Web, the less they trust it”. Even lots of people enjoy reading blogs, but they also feel suspicious of it. They do not seek hard information from it, they just wanted to go for energy and arguments they find there.

Nevertheless, there is a concern that the standards of journalism are being ignored. There are issues of media bias and sensationalism especially on political and other issues. It all depends to the writers that are doing the writing either to be honest and fair. We cannot judge them by the media that carries the message. The most important thing is the writer either they are attempt to be fair and those who are slanted. Yet, some of mainstream media in our country are serving for the ruling government.



Both of online journalism and of mainstream media have their pros and cons. They might have their own objective to be achieved. We can lift up online journalism as lighting-speed news because now everyone can access latest news through his or her smartphone. Though, as if it credible sources or not, I am myself also still doubting it.

Sunday, April 21

Al-Fatihah

Semoga Tuhan mendengar doaku untuk memberi kekuatan kepada sahabatku Nur Fatiha. Seorang anak yang menjaga ibunya sehingga menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga arwah ditempat kan di sisi Allah dan di sisi orang yang beriman. Semoga Teha mampu senyum lagi selepas ini. Tolong tabah untuk teruskan apa yang menanti pada masa hadapan. Perasaan sedih tak boleh di gambarkan, hanya doa yang mengiringi pemergian. Love you my bestie. Please be strong because you've gone through this for more than four years and now I know you could still be strong as before.

Saturday, April 13

Friends

Dream High (Part 1)

"Someone who can't applaud for their friend's success, someone who can't sincerely be happy for their friend's happiness, their heart is already in hell".