Thursday, June 6

News Story (JRN 421)



Wanita hamil 3 bulan mati diragut penagih dadah


ALOR GAJAH – Seorang wanita hamil mati di tempat kejadian setelah diragut oleh penagih dadah dihadapan kedai runcit di Taman Dimensi, di sini, kira-kira jam 6 petang semalam.

            Mangsa, Aida Muhamad berusia 24 tahun, dilaporkan hamil selama tiga bulan itu mati serta-merta apabila di tikam dengan sebilah pisau oleh suspek.

            Menurut saksi kejadian, berlaku pergelutan antara si mangsa dan suspek sebelum mangsa mati di tikam di bahagian perutnya secara bertubi-tubi.

            Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Operasi/Risikan), Superitendan Azhar Jamil berkata, suspek, Sani Ismail, 32, dari Kampung Kelemak, yang juga bekas banduan dan seorang penagih dadah, mempunyai beberapa rekod jenayah itu dikehendaki polis sejak sekian lama.

            “Ketika serangan, lelaki itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis heroin dan syabu berdasarkan tindakan ganasnya ketika menyerang mangsa yang dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya, pada sidang media di sini, semalam.

            Tambahnya lagi, suspek sama turut mempunyai rekod terbabit dalam satu kes ragut membabitkan warga emas yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai diketuk dengan objek keras di Sungai Udang, dekat sini pada pertengahan Februari lalu.

            “Suspek juga menggunakan modus operandi bergerak bersama seorang lagi rakannya menggunakan motosikal yang bernombor pendaftaran MAD129,” katanya.

            Katanya, suspek berjaya ditahan setelah motosikal yang diboncengnya terbabas ketika cubaan melarikan diri dari dikejar oleh orang awam yang berada di kawasan itu.

            Sejurus selepas kejadian, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah sampai di tempat kejadian dan menahan suspek bersama seorang lagi rakannya yang menunggang motosikal terbabit.

            Mangsa yang telah mati ditempat kejadian kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

            Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.