Thursday, May 9

Lateral Thinking

Kelas Mudah Alih
Pernahkah terlintas di fikiran anda mengenai kelas mudah alih? Apabila anda mahu pergi ke kelas dan dalam sekelip mata sahaja eskalator datang di tingkap bilik untuk menjemput anda menghadiri kuliah. Ketika itu semua rakan anda yang lain sudah bersiap sedia di atas eskalator itu dan akan berhenti pada setiap destinasi yang menempatkan rakan sekelas yang lain.
 
Tidak perlu untuk bersusah payah berjalan kaki ke kelas lagi setelah wujudnya eskalator bergerak untuk sampai ke fakulti. Pada kebiasaannya, pelajar yang akan pergi ke kelas namun pada masa kini kelas yang akan datang pada setiap pelajar di dalam kelas berkenaan. Alangkah hebatnya teknologi pada zaman kini, iaitu tahun 2050. Anda sebagai pelajar tidak perlu lagi untuk bersesak di tempat menunggu bus mahupun tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Setiap pagi tidak perlu lagi merasa anda akan sampai lewat ke kelas, kerana wujudnya kelas mudah alih ini. Berdiri sahaja di tingkap bilik anda dan menunggu kedatangan eskalator yang akan lalu dan terus menghantar anda dan rakan-rakan ke kelas.
Antara faktor yang menyumbang kepada wujudnya kelas mudah alih ini adalah kesesakan lalu lintas, sistem pengangkutan awam yang tidak efisyen serta taburan pelajar yang duduk di kawasan yang berlainan. Ini menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke kelas pada waktu yang di tetapkan. Manakala faktor kecil yang lain ialah sikap para pelajar yang gemar untuk ponteng kuliah pagi kerana terlewat bagun dari tidur. Oleh kerana itu, wujudlah pembangunan berteknologi tinggi yang dipanggil ‘Kelas Mudah Alih’. Sudah pastinya para pensyarah tidak perlu lagi tertekan dengan masalah pelajar yang tidak hadir atau ponteng kelas setelah wujudnya kelebihan ini. Ianya tidak mustahil untuk kita mempunyai eskalator yang mampu bergerak dari bilik asrama menuju terus ke fakulti anda. Bukan sahaja pelajar, malahan para pensyarah serta staf yang bekerja juga mampu menjalankan tugas seharian mereka dengan lebih mudah dan cepat kerana dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah serta menjimatkan masa.
Seterusnya, ia juga mampu untuk menarik perhatian para pelajar untuk hadir ke kelas kerana eskalator yang anda naiki ini akan berhenti di destinasi yang menempatkan restoran atau kedai makan bagi memudahkan mereka menikmati sarapan pagi. Di setiap kedai makan ini pula untuk memudahkan serta mempercepatkan servis kepada pelanggan, ianya dibina khas dengan mesin yang boleh menghidangkan makanan yang kita mahu dengan menekan butang khas. Sebagai contoh, anda mahu kan nasi lemak maka tekan sahaja butang yang mempamerkan gambar nasi lemak dan memasukkan jumlah wang yang mencukupi dan setelah itu sebungkus nasi lemak yang dibungkus rapi akan keluar melalui mesin khas itu. Begitu senang sekali dengan terbinanya kelas mudah alih ini yang mampu memberi keselesaan dan juga kelebihan pada setiap individu malahan mendapat manfaat dengan menghadiri kuliah setiap hari tanpa perlu ponteng lagi.